Memaparkan catatan dengan label kolam udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kolam udang. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2016

Udang Harimau

Salam satu Malaysia semua rakyat sungai buloh...Ni aku nak cerita sikit. Semalam aku pi mancing kolam udang harimau sungai pelong. Khabarnya kolam ni dah mula naikkan harga sempena kemerosotan ekonomi negara. Harga mancing Rm18 sejam. Dulunya Rm15 sejam. Jadi kalau rasa nak memancing sediakan duit cukup atau lebih ok.

      Hah satu lagi aku nak pesan jangan lupa minta token atau kad baucer. Kad ni pula aku dengar kena pancing 2 jam ke atas baru boleh dapat. Khabarnya kalau ada kad ni, lepas mancing boleh suruh bos copkan. Nanti dah penuh kad boleh mancing sejam free...       Satu lagi peraturan sini tak boleh bawa serbuk udang sebagai rasuah. Harap kau orang semua hormatilah undang-undang yang dicatatkan di dinding dia.       Oklah jumpa lagi lain masa...bye3