Memaparkan catatan dengan label desa aman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label desa aman. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2016

kolam pancing ikan air masin desa aman

Salam... jumpa lagi dalam entry ni. hari ni aku nak kongsi kolam air masin.
kolam ni penuh ikan laut jela kan. tapi spesies yang ada 2 jenis je...kaci atau mj dan juga siakap putih atau kakap.
kolam ni letaknya di kawasan sungai buloh. jalan lepaskan stesen minyak caltex. lepas stesen minyak tu perlahankan kenderaan dan kona kiri ikut lorong tu. nanti jumpa kolam tu atas bukit.

      Aku da cuba pancing tapi hasil tak ada. Mahal juga, dalam Rm60.00 siap jackpot Rm63.00. Bukan sikit tu...Kalau memancing suka-suka banyak duit takpelah. Tapi kalau nak buat lauk aku rasa tak berbaloi. Menyesal pun ada memancing di situ. Aku memancing tak silap 3 jam rasanya. Sekor pun tak nak lekat.

      Lokasi atau pot ikan main pula, aku tengok banyak main tengah belah pintu masuk. Jangan main casting. Buang masa,lebih baik main pelampung. Ramai yang dapat mj dan siakap main pelambung. Udang hidup ada jual kat situ. Sekor rm1.00. Main bottom atau casting udang hidup confirm menyesal sebab udang mati kena gigit anak lampam dan talapia.

      Masa yang aku main tu pagi, jadi aku harap pemancing semua tak payahlah main pagi sebabnya ikan tak makan. Banyak orang aku tanya dia orang cakap better main malam. Waktu tu anak ikan tak kacau dan ikan mula nak makan.

      Oklah selamat memancing. Jangan lupa komen sikit lepas baca ok. Assalamualaikum...