Sabtu, 30 Julai 2016

Memancing Pulau Angsa

Salam...pagi ni aku kongsikan sikit episod memancing di Pulau Angsa.

      Pulau Angsa ni kalau nak main kena perambut 3 depa panjang. Udang lipan sangat dialu-alukan atau sotong kurita hidup sebagai umpan.

      Aku pancing baru-baru ni kumpau berdarah. Ikan takde yang bagak. Banyak gelama dan bolos. Struktur laut pula tak berapa dalam. Karang pun tiada.

     Aku pancing dari pukul 7 pagi sampai pukul 5 petang. Bekalan air tokey sediakan. Tokey banyak cina. Tong ikan pun ada. Umpan sendiri. Tapi kalau nak tokey sediakan umpan korang kena bagitau awal-awal.

     Sayanglah memancing pagi sampai petang ikan takde yang kasar. Lain kali tak pergi lagi. Taubat aku.Ada juga member dapat jenahak dan merah , duri, dan semilang. Tapi tak puas hati bai... Sebabnya nak dapatkan sekor2 mau dekat 2 jam...




Tu jelah hasil aku dapat dan kapal yang digunakan. Tak salah boleh naik 6 orang harga dalam Rm400 ke Rm600 satu bot. Ok jumpa lain kali...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan