Rabu, 11 Mei 2016

udang galah tanjung karang

5/3/2016 aktiviti mengudang galah di tanjung karang. Waktu ni pergi pukul 5.30 pagi. Tunggu Zahar ambil aku kat petronas merbau sempak. huhu tak sabar muka...
cuba tengok bawah tu macam mana tempat dan lokasi cantik tak?
tu lah tanjung karang punya sungai...
lokasi di belakang hospital kuala selangor...



tapi kali ni punya pergi aku bernasib baik, adalah juga bawak balik jenggo 2 ekor. yang lain udang maggi. janji layan...

sekian saja laporan udang galah tanjung karang...

Kolam pancing udang sungai pelong kali ke-3

Salam semua kaki pancing tak kira bangsa...
Ni kali aku nak story pasal udang harimau juga masa pergi baru-baru ni kat kolam sungai pelong.
Banyak juga hasil aku dapat. lebih kurang 27 ekor. Adalah dalam 800 gram timbang.
Aku main 2 jam...
Ni lah hasilnya...

banyak tak?
lepas dah dapat udang apa lagi masak maggi makan ler be...




Sabtu, 27 Februari 2016

Kolam Pancing Udang Sg.Pelong


Tahu pasal udang harimau tak? Pernah tengok udang harimau tak? Haha mesti ada yang pernah sebab kaki pancing udang. Bagi yang tak pernah ni ha gambarya...

ni la ghupenya udang harimau


Jadi, sebut pasal udang harimau ni aku nak bagitau semua kaki-kaki yang baru menjinakkan kaki tempat dan lokasi yang boleh diterjah area sungai buloh ni. Antaranya kolam pancing udang Sg.Pelong.

alamat dan rule kolam
Aku bukanlah orang yang pandai memancing udang. Tapi dah takde tempat nak pancing ikan dah gian sangat aku masuk gak mancing udang harimau ni. Pergh...layan...wa cakap lu...memang syok mancing udang rimau ni. Dia makan ganas dan boleh gak tarik macam tarik ikan cume kena lembut sikit je. Sentap sikit dan karau.
alat mancing free umpan bayor...


Ok, balik semula kisah ni. Aku mula mancing udang ni masa gaji bulan 1. Mula-mula tu kecut gak nak masuk sebab takde kawan. Tapi aku masuk gak sebab aku nak try. Dalam hati kata tak dapat takpe janji dah tau cara. Lain kali boleh repet lagi. Jadi aku pun masuk. Mula-mula masuk aku tengok je cara mamat cina tu pancing. Hmm boleh tahan, banyak gak die dapat. Aku tengok je...Dia tengok aku macam minat die kata tak mancing ke? Aku jawab tak. Haha ayat tak nak nampak macam baru. Pastu aku tak boleh tahan tengok asyik naik je udang dia pancing. Aku tanya macam mana nak pancing kat tokey. Tokey kata nak pancing ambil je mana-mana joran. Umpan sekor umpun2 rm3. Siap dipotongkan.
bekas pun disediakan


Hehe dah tau law sikit-sikit aku cakap nak main 2 jam. Tokey bagi umpun2 aku pancing. Sejam dah berlalu...hampeh...orang makin ramai datang. Semua datang dah dapat 2,3 ekor. Nasib baik tokey baik. Dia datang ajar aku. Dapatlah 4 ekor untuk kali pertamanya sejarah aku main udang bayar. Alhamdulillah rezeki...next time cuba lagi. Aku dah ketagih haha. Tunggu gaji bulan 2 pulak. Apa-apa hal nak tau lebih lanjut boleh komen kat aku. Ok assalamualaikum...